Kata-kata hikmah, Motivasi & Nasihat
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.
Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.
Jika Anda tidak boleh menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.
Perbezaan antara mereka yang berjaya
dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi
lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan.
Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya,
mempercayai akan rahsianya dan mengingati Anda dalam doa-doanya.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang
lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan
keberanian pada orang yang ketakutan.
Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.
Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa.
carilah kesempatan dalam apa jua perkara demi keharmonian dan
kesejahteraan hidup kita, yang entah bila berakhirnya. Tiada siapa
tahu..
Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit.
Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.
Nasihat yang baik tidak pernah datang terlambat.
Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.
Anda cuma boleh hidup sekali saja di dunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.
Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.
Orang yang terlalu memikirkan akibat dari
sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan
menjadi orang yang berani.
Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.
Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi.
Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.
Lidah anda yang menentukan siapa anda.
Diantara isi rumah tangga, anak-anaklah yang terbaik.
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi, bila ia menghampiri.
Kasihanilah musuhmu, berbuat baiklah pada orang yang membenci kamu,
mintaklah berkat bagi orang yang mengutuk kamu. Berdoalah untuk orang
yang mencaci kamu - confusius
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
Jika Anda tidak memulai hari ini dengan senyuman, belum terlambat untuk mencubanya pada hari esok.
Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya
Persahabatan sejati layaknya kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan
akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.
Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah.
Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah.
Bemuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan.
Manusia yang pintar ialah manusia yang mengambil ikhtibar daripada sesuatu dilihatnya dan menerima nasihat yang didengarnya
Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai adab, seumpama pahlawan yang tiada senjata.
kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.
Namun kita tidak akan pernah memiliki
seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerana
semua manusia itu baik kalau kita boleh melihat kebaikannya dan
menyenangkan kalau kita boleh melihat keunikannya tapi semua manusia itu
akan buruk dan membosankan kalau kita tidak boleh melihat keduanya.
Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah
bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun
terbukti salah.
Bila Kita mengisi hati kita dengan
penyesalan untuk masa lalu dan kekhuwatiran untuk masa depan, kita tak
memiliki hari ini untuk kita syukuri.
Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang
mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan
ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
(Khalifah Abdul MAlik bin Marwan)
Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa
yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya
maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya
dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia
serta keindahannya
Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada
yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit
daripada jadam dan lebih panas daripada bara.
Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang
baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik)
niscaya tumbuh sebahagiannya
Tidak ada simpanan yang lebih berguna
daripada ilmu. Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.
Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal. Tidak ada benda ghaib
yang lebih dekat daripada maut.
Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikrikan apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri.
Tidak ada lautan yang luas, lurah yang dalam, bulan yang tinggi dan jalan yang susah bagi orang yang mahu.
Sekali tidak berhasil bukan berarti gagal selamanya
Kebahagiaan tak kan pernah boleh dibeli dengan wang ringgit.
Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina
orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat, dunia
pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain,pasti
kehormatan dirinya akan terjaga.
Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil
di sisi Allah,laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya.
Mereka itu orang-orang yang berlaku adil dalam menetapkan hukum, baik
kepada rakyat maupun kepada keluarga
Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tenteram dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk
Hiduplah Sesuka hatimu, Sesungguhnya kamu
pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, Sesungguhnya kamu pasti
akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperolehi balasannya.
Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada
kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi
sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi shadaqah
kecuali niat yang ikhlas.Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali
kesehatan dan keamanan.
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri
anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk
diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak
mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal
dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh
tentang pekerjaan, Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang
berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup
dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa
kita masih hidup !
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan,menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.


0 komentar:
Posting Komentar