Jaabar As-Shadiq Keturunan Rasullulah Yang Mempunyai Banyak Karamah
![]() |
| Gambar hiasan |
Pada
zaman Khalifah Umaiyah , beberapa orang tokoh daripada Bani Abbas
datang kepadanya untuk mencalonkan beliau sebagai bakal Khalifah pertama
dinasti mereka. Dua calon itu tidak lain bukan adalah Muhammad dan
Ibrahin bin Abdullah cicit Ali bin Abi Talib.
Sayid
Jaafar berkata :"Sesungguhnya jawatan Khalifah tidak akan dipegang oleh
aku atau seorang daripada kamu, tetapi akan disandang oleh orang yang
berjubah kuning itu." Kemudian beliau meninggalkan majlis itu. Orang
yang memakai jubah kuning pada saat itu ialah Al Mansur, yang kemudian
dilantik menjadi Khalifah tepat seperti kenyataan Sayid Jaafar As-Shadiq
itu.
Imam
Al Laith bin Saad yang juga dianggap seorang wali bercerita bahawa
beliau nampak seorang lelaki sedang duduk berdoa:"Ya Allah aku ingin
makan buah anggur kurniaanMu dan pakaianku amat buruk sekali, berikanlah
aku pakaian. "
Belum
pun habis doanya ada sebakul buah anggur dan dua helai pakaian yang
indah sekali. Aku pun bertanya kepadanya:"Adakah aku berhak menikmati
anggur itu kerana aku turut mengaminkan doamu."
Orang
itu, pun memberikan sedikit buah itu kepadaku tanpa mengurangkan
sedikit pun buah anggur di baku itu. Seolah-olah tidak luak sedikit pun.
Bila kami sampai di Sai ada seorang miskin yang berkata:"Wahai cucu
Rasullulah saw! aku tidak mempunyai pakaian berikanlah aku pakaian".
Kemudian ia pun memberikan kedua-dua pakaian itu kepada orang miskin
itu.
Waktu
aku bertanya pada orang miskin itu, siapakah orang yang memberikan
pakaian itu kepadanya, orang miskin itu menyatakan bahawa itulah Jaafar
bin Muhammad Al Baqir."
Sayid Jaafar As Shadiq wafat di Madinah pada tahun 148H dan dimakamkan di perkuburan Baqi'.


0 komentar:
Posting Komentar