Kisah Khannas Si Anak Iblis - adakah dia QARIN.
Qarin membawa maksud (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam Al-Quran dan
dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia
itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai
"kembaran setiap manusia."
Menurut keyakinan umat Muslim bahwa,
pada umumnya Jin Qarin ini mendorongi manusia kearah untuk berbuat
kejahatan. Dia (Jin Qarin) membisikkan sifat was-was, melalaikan Sholat, memberatkan diri manusia untuk membaca Al-Quran dan sebagainya dan ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia daripada membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah telah mengutus Malaikat
Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat
kebaikan. Dalam beberapa Hadis dikatakan bahawa Jin Qarin yang mendampingi Muhammad telah memeluk Islam, sehingga Muhammad selalu terjaga dari kesalahan.
teruja
sangat nak share dengan korang semua, aku pun 'google' dan buat
research sikit lalu jumpa jugak kisah Khannas si Anak Iblis ini. Jadikan
kisah ini sebagai pedoman semua rakan2.
Sesungguhnya
Iblis tidak pernah penat berusaha untuk bersemayam dalam setiap hati
manusia, mengikuti gerak-gerinya dengan harapan akan dapat menghancurkan
dan memusnahkan kehidupan seseorang.
Dalam
sebuah cerita disebutkan bahawa pada suatu hari Nabi Adam as keluar
rumah untuk mencari nafkah, maka datanglah Iblis bersama anaknya yang
bernama Khannas menemui Hawa. “Aku ingin menumpangkan anak ku di sini,
kerana ada satu keperluan yang penting, aku harus pergi sendiri,” kata
Iblis. Kemudian Hawa menerima anak Iblis tersebut. Ketika Nabi Adam
pulang, dia bertanya; “Anak siapakah ini?” Hawa menjawab; “Iblis
menumpangkannya kepada ku.” Adam menjadi marah, lalu Khannas dibunuhnya
dan dipotong-potongnya. Kemudian setiap potongan badan Khannas
disangkutnya di atas dahan-dahan pohon kayu. Setelah itu Adam pergi
lagi. Tidak lama kemudian Iblis datang dan menanyakan tentang anaknya.
Hawa menceritakan kepada Iblis tentang apa yang telah terjadi. Lalu
Iblis memanggil nama anaknya “Ya Khannas! Wahai yang tersembunyi!” maka
kepingan-kepingan tubuh Khannas bersatu lagi, kemudian menyambut
kedatangan ayahnya Iblis.
Setelah
itu Iblis kembali lagi, ia menumpangkan anaknya lagi kepada Hawa. Hawa
menolak untuk menerima anaknya itu. Tapi dasar iblis pandai merayu,
sekali lagi Hawa menerima anak Iblis tersebut. Ketika Nabi Adam pulang
dari mencari nafkah didapatinya anak Iblis itu masih ada lagi, Adam
menjadi marah sebenar-benar marah. Dibunuhnya anak itu, mayatnya
dibakar, abunya dibuang ke sungai-sungai dan ke merata tempat. Keesokan
harinya iblispun datang kembali kepada Hawa untuk melihat anaknya yang
diserahkan kepada Hawa. Iblis bertanya kepada Hawa. “Wahai Hawa.
dimanakah anakku?”. lalu Hawa pun memberitahukan apa yang telah
dilakukan oleh Nabi Adam as terhadap anaknya. iblis pun segera berlari
dengan cepat menuju ke laut dan berteriak memanggil anaknya. “Yaa
Khannaas!”. maka anak iblis yang sudah menjadi abu dan dibuang
merata-rata oleh Nabi Adam a.s. bersama ombak, bersatu kembali menjawab
panggilan bapaknya.
Kemudian
Iblis menumpangkan anaknya itu kepada Hawa lagi. “Kali ini pastilah
Adam akan membunuh ku”, kata Hawa. Namun Iblis yang pandai merayu itu
dapat melemahkan hati Hawa sehingga menerima kembali anak tersebut.
Kemudian Adam pulang, kemarahannya sudah tidak tertahan, lalu anak Iblis
itu disembelihnya dan dimasaknya. Kemudian sebahagian dimakannya dan
sebahagian lagi diberikannya kepada Hawa. Ketika Iblis datang Hawa
menceritakan apa yang telah terjadi. “Inilah yang ku inginkan!”, kata
Iblis. “Aku ingin bersemayam di dada Adam, dan kini hasrat itu telah
terkabul.
Maka,
sejak saat itulah Iblis selalu berada dalam diri manusia. Iblis
termasuk makhluk yang tabah dalam menggoda manusia. Ia berusaha berbagai
upaya untuk memperdayakan manusia, dan bahkan ia bermohon kepada Allah
agar hidup sampai hari kiamat untuk melakukan hasratnya itu.
*Riwayat
ini disampaikan oleh At Tirmidzi Al Hakim dalam Kitab Nawadir Al Ushul
dari Wahab bin Munabbih dan dinukil Imam Al Qurtubhi dalam Kitab
Tafsirnya.
Sebutan
khannas itu diberikan karena ia sering bersembunyi. Sesungguhnya Iblis
itu akan selalu duduk di dalam hati, setiap aliran darah dan nafas anak
cucu Adam. Apabila mereka lalai maka ia akan membisik-bisikan kejahatan
dan kemaksiatan dengan pujukan-pujukan indah yang mengalir dalam darah
manusia. Tetapi apabila mereka ingat dan berdzikir kepada Allah maka ia
akan bersembunyi pada satu sudut kesepian dan kelaparan.
Inilah antara tugas-tugas Khannas yang boleh disimpulkan:
Bila
kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum. Apa-apa aktiviti yang
kita buat ia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
Bila
kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, sebab tula
siapa-siapa yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita
solat. Kaedah nak halang, baca Bismillah then selawat, surah An-Nas dan
kemudian baca A'uzubillahiminasyaitonnirajim 3 kali dan di bahu kiri 3
kali jugak sebelum mula solat.
Time buat kerja kita keliru dan ingat-ingat lupa "Eh, dah buat ke belum ye, dah ke belum ni?" ubatnya banyakkan BERISTAGAFAR.
Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya? banyakkan Zikir.
Sahabat
Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini.
Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakan lah dengan
baca BISMILLAH dan Doa..
Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Tengoklah bagaimana Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam.
Surah An Nas juga turut mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz ini yang sentiasa buat kita was-was.Walllahualam.
Apa-apa pun mulakan setiap kerja dan aktiviti dengan nama Allah BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIM
source : http://kasirata.blogspot.co.id/2012/04/kisah-khannas-si-anak-iblis-adakah-dia.html

0 komentar:
Posting Komentar